Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan
seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang
terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.
Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:
- Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.
- Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.
- Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
- Posisi berlutut atau berdiri.
Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan
agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.
Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam
menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan
kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.
Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting
dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan
cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan
dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus
melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun
perlu saling memahami keinginan masing-masing.
Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?
Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa
hamil? Tak bahayakah?
Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan
biasa atau normal. Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh
menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan
seks.
Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda
kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan
terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara
semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi
dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan
ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam
proses kehamilan.
Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada
komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini
seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa
denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.
Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada
kes-kes kehamilan berikut:
- Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
- Placenta berada dibawah (plasenta previa)
- Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
- Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
- STD atau penyakit seksual yang menular.
Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan
anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka
yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari
rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment